Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Telah Dibuka

Hannah
Tanah runtuh Cameron Highlands
Gambar: JPBM Cameron Highlands

Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Telah Dibuka

KUANTAN, 13 Nov (Bernama) — Laluan di Kilometer (KM) 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada 4 petang tadi telah dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

“Kira-kira 4 petang tadi, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat satu kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di KM 54.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan bomba Pahang. Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi bilik gerakan Balai Polis Cameron Highlands di talian 05-4915999.

BACA: “Jangan cari pasal…” – Pengguna Jalan Raya Kongsi Keadaan Terkini Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

BACA: Wanita Maut, Lelaki Cedera Parah Dihempap Kontena

BACA: Penumpuan Angin Timuran Dijangka Bermula Esok, Potensi Hujan Lebat Di Timur Semenanjung

Sumber: BERNAMA