Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Bekas Pembantu Jurulatih KL City Sertai Manchester United
Bekas pembantu jurulatih Kuala Lumpur (KL City), Emanuel Ferro sah menyertai barisan kejurulatihan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, lapor Stadium Astro.
Difahamkan, Emanuel merupakan individu kedua dalam barisan kejurulatihan yang menyertai kelab tersebut.
Kini, The Red Devils akan dipimpin oleh Ruben Amorim bekas pengendali Sporting Lisbon sebelum ini, menggantikan posisi Erik ten Hag dan Emanuel sebagai pengganti Ruud van Nistelrooy yang turut meninggalkan skuad itu.
Untuk rekod, Emanuel pernah berkhidmat bersama The City Boys selama setahun sewaktu musim 2013-2014.
Pada 2016, pengendali Kuala Lumpur pada 2014, Ricardo Formosinho juga pernah menjadi sebahagian daripada The Red Devils di bawah Jose Mourinho selaku ketua jurulatih.
Skuad itu berjaya memenangi satu gelaran iaitu Liga Europa (UEL) bersama Ricardo Formosinho.
Sumber: Stadium Astro