Berita

‘Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Lembaga Pengampunan’ – Dr Zaliha
Najib Bebas, Sudah Dapat Pengampunan Daripada Lembaga Pengampunan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan, lapor Awani. Difahamkan, Dr Zaliha turut terlibat sama dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membabitkan Najib dikatakan telah berlangsung semalam namun […]

Bekas Guru Taska Kekal Pengakuan Tidak Bersalah Abai Kanak-kanak Hingga Mati Lemas
Bekas Guru Taska Kekal Pengakuan Tidak Bersalah Abai Kanak-kanak Hingga Mati Lemas IPOH, 30 Jan (Bernama) — Seorang bekas guru sebuah taska dihadapkan semula di mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya sehingga menyebabkan mangsa mati lemas, April tahun lepas. Tertuduh, 59, mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan […]

Minta Wang RM100: Tiga Anggota Trafik Direman
Minta Wang RM100: Tiga Anggota Trafik Direman Polis menahan tiga anggota polis trafik yang didakwa menerima wang suapan RM100 daripada pasangan pelancong warga asing dalam video tular, lapor Sinar Harian. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, tiga anggota tersebut berusia dalam lingkungan 37 hingga 42 tahun. Katanya, tiga anggota dari Jabatan […]

Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah, Bongkar Misteri Bau Busuk
Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah, Bongkar Misteri Bau Busuk Kota Bharu- Misteri bau busuk di jalan Sabak, Kampung Kemumin membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia beberapa hari yang lalu, lapor Sinar Harian. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II Syukri Ismail berkata pihaknya bergerak ke lokasi […]

Ancam Keselamatan PM, Pemandu Lori Dipenjara Enam Bulan
Ancam Keselamatan PM, Pemandu Lori Dipenjara Enam Bulan KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, tahun lepas. Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, 35, selaku […]

Persekutuan Wartawan Antarabangsa Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Jika Israel Ingkar Arahan ICJ
Persekutuan Wartawan Antarabangsa Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Jika Israel Ingkar Arahan ICJ BRUSSELS, 29 Jan (Bernama-WAFA) — Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik dan kepemimpinan tentera Israel jika mereka tidak mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Dalam surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Galant, IFJ menyatakan bahawa 600,000 ahlinya […]

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Selamat Tiba Di Pahang
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Selamat Tiba Di Pahang KUANTAN, 30 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, selepas tamat tempoh lima tahun bersemayam di Istana Negara. Pesawat khas membawa […]

Laungan “Daulat Tuanku” Bergema Di KLIA Sebelum Pesawat Agong Berlepas
Laungan “Daulat Tuanku” Bergema Di KLIA Sebelum Pesawat Agong Berlepas SEPANG, 30 Jan (Bernama) — Suasana hiba menyelubungi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melangkah ke pesawat yang akan membawa baginda berdua kembali ke Pahang. Perasaan syahdu jelas tergambar di wajah mereka yang hadir, […]

Klang Destinasi Pertama Dipilih Untuk Siasatan – Suhaily
Klang Destinasi Pertama Dipilih Untuk Siasatan – Suhaily KLANG — Klang dipilih sebagai destinasi pertama untuk siasatan selepas indeks jenayah dilaporkan semakin meningkat di daerah berkenaan sejak kebelakangan ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemilihan itu dibuat susulan kadar indeks jenayah itu dilihat membimbangkan sehingga Klang […]

Majlis Graduasi Pelajar – JPN Negeri Keluar Surat Arahan Panduan Penganjuran
Majlis Graduasi Pelajar – JPN Negeri Keluar Surat Arahan Panduan Penganjuran ALOR GAJAH, 30 Jan (Bernama) — Jabatan Pendidikan negeri Melaka akan mengeluarkan satu surat arahan mengenai panduan bagi penganjuran majlis graduasi pelajar di peringkat sekolah. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata ia adalah sebagai langkah bagi mengelakkan […]

Laungan Azan Syahdu Bergema Di Istana Negara Iringi Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong
Laungan Azan Syahdu Bergema Di Istana Negara Iringi Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Laungan azan syahdu dilaporkan telah bergema di Istana Negara pagi ini bagi mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Laungan azan itu dibuat bagi menandakan tamatnya pemerintahan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari ini. Memetik BERNAMA, Seri Paduka […]

Lambaian Selamat Tinggal Penuh Istiadat Buat Yang Di-Pertuan Agong Ke-16
Lambaian Selamat Tinggal Penuh Istiadat Buat Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Dataran Parlimen pagi ini untuk menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik bersempena dengan tamat tempoh pemerintahan. Ketibaan Seri Paduka berdua di […]

Pasangan Namakan Puteri Sulung ‘Azizah’, Junjung Kasih Pesanan Raja Permaisuri Agong
Pasangan Namakan Puteri Sulung ‘Azizah’, Junjung Kasih Pesanan Raja Permaisuri Agong Sepasang suami isteri menamakan puteri sulungnya ‘Azizah’ selepas bertemu dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika mendapatkan tandatangan pasangan diraja semasa Kembara Kenali Borneo pada September 2023, lapor Awani. Ketika pertemuan tersebut, Raja Permaisuri Agong memberikan pesanan ringkas kepada suami selepas […]

Tempoh Pemerintahan Tamat, Al-Sultan Abdullah Berangkat Balik Ke Pahang Hari Ini
Tempoh Pemerintahan Tamat, Al-Sultan Abdullah Berangkat Balik Ke Pahang Hari Ini KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Genap lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini. Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong […]

Wanita Cedera Parah Ditikam Selepas Berlaku Perselisihan Faham – Polis
Wanita Cedera Parah Ditikam Selepas Berlaku Perselisihan Faham – Polis KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Seorang wanita tempatan cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim dalam […]

Wanita Indonesia Maut, Dijumpai Di Tepi Tangga
Wanita Indonesia Maut, Dijumpai Di Tepi Tangga Polis mengesahkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia maut dan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga tingkat lima sebuah bangunan, Desa Mentari, Petaling Jaya pada Isnin. Lapor Sinar Harian, mangsa dalam lingkungan 20-an itu mempunyai kesan kecederaan di badan. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner […]

Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 Keterangan Direkod
Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 Keterangan Direkod KLANG, 29 Jan (Bernama) –– Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya, tidak akan pernah berhenti menyiasat dan akan terus mencari petunjuk […]

Kes Kusta Meningkat 40 Peratus Tahun Lepas
Kes Kusta Meningkat 40 Peratus Tahun Lepas PUTRAJAYA, 29 Jan (Bernama) — Kes kusta baharu dalam negara meningkat sebanyak 40 peratus kepada 256 kes pada tahun 2023 berbanding 183 kes tahun sebelumnya. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia berkata peningkatan berkenaan berikutan pengukuhan aktiviti mencari dan mengesan kes secara bersasar […]

Tegur Bakar Sampah, Warga Emas Cedera Di Muka, Kepala Kena Pukul
Tegur Bakar Sampah, Warga Emas Cedera Di Muka, Kepala Kena Pukul MELAKA, 29 Jan (Bernama) — Seorang warga emas cedera di bahagian muka akibat ditumbuk dan dipukul di belakang kepala oleh cucu jirannya gara-gara menegur membakar sampah secara terbuka di kawasan tanah mangsa di Tanjung Kling di sini semalam. Ketua Polis Daerah Melaka ACP Christopher […]

Izinkan Saya Menjadi Raja Di Hati Rakyat – Titah Al-Sultan Abdullah
Izinkan Saya Menjadi Raja Di Hati Rakyat – Titah Al-Sultan Abdullah KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) – “Selepas bulan Januari ini, mungkin saya bukan lagi Raja kepada Malaysia, tapi jika diizinkan, hasrat saya ialah untuk menjadi Raja di hati anda semua,” titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan […]