Siakap Keli

Ramadhan Menjelang Lagi, Ini 5 ‘Checklist’ Persediaan Bulan Puasa Yang Patut Kita Semua Amalkan

Dalam pada kita sibuk dengan pilihan raya yang akan berlangsung esok hari, serta perkhabaran kerajaan yang mungkin sama atau baru ini membuatkan kita lupa akan bulan yang paling suci buat umat muslim iaitu, bulan Ramadhan.

Pada tahun ini, 2018, umat Islam bakal menyambut puasa yang jatuh pada 16 Mei, Rabu minggu hadapan.  Pasti ramai yang dah tak sabar menanti bulan Ramadhan kali ini kerana mungkin ingin menambahbaik amalan daripada tahun-tahun yang lalu.

Oleh itu, kali ini kami kongsikan 5 panduan ringkas buat anda semua sebagai persediaan menjalani bulan penuh barakah, bulan Ramadhan yang mulia ini.

1. Perbanyakkan doa dan taubat

Berdoalah sentiasa agar kita dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Perbanyak taubat, jauhi maksiat dan senantiasa berdoa agar dosa-doa kita diampunkan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih.

Boleh mengamalkan doa ini:

“Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan”

“Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan” (HR. Ahmad dan Thabrani).

2. Tingkatkan ilmu agama

Dalami ilmu agama terutamanya yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusyikilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif contohnya Ustaz.

3. Eratkan hubungan silatulrahim

Ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi.

4. Persiapan Harta

Mulailah dari sekarang menghitung zakat mal keluarga kita dan seboleh mungkin membayarnya pada awal Ramadhan. Jangan tunggu sehingga penghujung Ramadhan. Jika ada rencana mengadakan buka puasa bersama dengan mengundang jiran dan rakan-rakan, mulailah persiapkan agenda dan bajet untuk ini. Ajar anak-anak untuk mulai menabung dari sekarang untuk rencana bersedekah pada bulan Ramadhan nanti.

5. Persiapan Fizikal & Mental

Ibaratnya ingin menyambut tetamu yang sangat istimewa, seisi rumah haruslah dalam keadaan yang juga istimewa. Minta seluruh ahli keluarga untuk menjaga kesehatan mereka, salah satunya dengan memperbanyakkan pemakanan sehat dan bergizi.

Latih diri dan keluarga untuk berpuasa dengan berpuasa sunnah. Tingkatkan jadwal tadarrus Al-Qur’an dan biasakan anak bangun lebih awal (sejam atau setengah jam sebelum subuh) dengan mengajaknya solat bersama.

Insya-Allah, dengan semua persiapan ini, semoga kita dikurniakan ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadhan nanti.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Surah Al -Baqarah:183)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa menghidupkan malam al Qadr (Lailatul Qadar) dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.” (Abu Dawud: 1372)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan jangan lupa persediaan untuk memastikan keselamatan rumah anda terjaga terutamanya yang merancang untuk pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang sempena bulan Ramadhan dan cuti sekolah ini.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Sumber: Ez Takaful

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di