Siakap Keli

Syed Saddiq Cipta Sejarah Menteri Penuh Termuda Mengalahkan Najib Sebagai Timbalan Pada 1978

Cipta sejarah hari ini apabila Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda Malaysia.

Syed Saddiq mengangkat sumpah hari ini pada usia 25 tahun sebagai Menteri Belia dan Sukan mengatasi rekod yang dipegang Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada tahun 1978, pada usia yang sama.

“Kita harapkan melalui lantikan ini, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada anak muda untuk menyerlahkan diri pada masa depan. Anak muda bukan sahaja pemimpin untuk masa hadapan tetapi hari ini juga,” katanya.

Menurutnya, golongan muda perlu mengetepikan perbezaan agama dan bangsa dan bersatu di bawah payung negara yang besar sebagai satu bangsa Malaysia.

“Kita juga mahu anak muda yang dinamik dan bekerja keras dalam menggalas sebarang tanggungjawab yang diberi. Ini modal insan yang mahu saya bawa dalam kalangan belia negara,” katanya. – Bernama

Nur Farra