Siakap Keli

Kejam, Bayi Usia 21 Bulan Disahkan Positif Dadah, Bapa Ditahan Polis

Seorang bapa kepada bayi yang berusia 21 bulan ditahan di Hong Kong pada Rabu selepas pemeriksaan menemui kesan dadah dalam sampel air kencing anaknya itu.

Polis turut mencari ibu bayi berkenaan yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan kes tersebut.

Bayi lelaki itu disahkan positif dalam ujian dadah di pusat kesihatan kanak-kanak pada akhir bulan lalu.

Kes itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Kwong Wah di Yau Ma Tei bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Polis dan detektif kemudiannya dipanggil ke hospital sejurus keputusan ujian kedua dikeluarkan kerana ujian menunjukkan dadah jenis syabu dikesan dalam air kencingnya.

Kanak-kanak itu kini dilaporkan berada di bawah jagaan pihak hospital.

Selepas siasatan dijalankan, polis menahan lelaki berusia 25 tahun itu kerana disyaki menyeksa atau mengabaikan anaknya.

Pihak polis dari unit penyiasatan jenayah sedang giat melakukan siasatan dan mencari ibu kanak-kanak tersebut.

Menurut sumber, lelaki itu bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan manakala isterinya merupakan suri rumah.

Di Hong Kong, perbuatan menyiksa atau mengabaikan kanak-kanak bawah usia 16 tahun yang mungkin boleh membawa kepada kecederaan membawa kepada hukuman maksimum 10 tahun penjara.

Menurut statistik rasmi, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengendalikan 236 kes penderaan kanak-kanak pada tiga bulan pertama tahun ini di negara itu.

Pada 2017 pula, terdapat 947 laporan kes penderaan kanak-kanak dan peningkatan 6 peratus daripada 892 kes pada tahun 2016.

Sumber : South China Morning Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.