Siakap Keli

Badan Pesawat Ditemui Dalam Bentuk Serpihan Kecil, Ada Mayat Terikat Pada Kerusi Dan Ditimbus Lumpur

Komandan Pasukan Mencari dan Menyelamat Bersama, Kolonel Isswarto memberitahu bahawa pasukan penyelam daripada TNI-AL berjaya menemui badan pesawat malang Lion Air JT 610, namun dalam keadaan serpihan kecil.

”Posisi pesawat tidak berada dalam keadaan utuh, ketika pasukan penyelam menemuinya, badan pesawat berada dalam keadaan serpihan kecil yang berselerak. Tiada serpihan besar ditemui,” katanya.

Kedudukan badan utama pesawat dikatakan berada dalam kedalaman diantara 25 hingga 35 meter. Manakala mayat-mayat mangsa juga turut ditemui berada tidak jauh daripada bangkai pesawat.

”Banyak jasad mangsa ditemui. Ada yang masih melekat pada serpihan pesawat dan ada yang masih terikat pada bahagian kerusi. Kami segera melakukan evakuasi membawa naik mayat,” katanya lagi.

Menurut beliau, pasukan penyelamat terpaksa membawa naik mayat-mayat yang ditemui dengan segera kerana bimbang mangsa-mangsa dan serpihan yang ditemui akan tertimbus di bawah selut laut.

”Pasukan penyelam masih menjalankan selaman dan kawasan dasar laut dipenuhi dengan lumpur. Keadaan ini menyebabkan kami menghadapi sedikit kesukaran. Jika tidak dieskavasi dengan segera, mungkin boleh tertimbus dengan lumpur,” tambahnya.

Isnin lalu, dunia dikejutkan dengan kemalangan membabitkan pesawat Lion Air JT 610 jenis Boeing 737 MAX 8 yang dalam perjalanan daripada Jakarta ke Pangkal Pinang.

Pesawat berkenaan yang terputus hubungan selepas dua minit berlepas sebelum disahkan terhempas di Laut Jawa membawa 178 orang dewasa, seorang kanak-kanak dan 2 orang bayi, 2 juruterbang dan 6 orang kru kabin. Tiada mangsa yang ditemui selamat.

BACA : (Video) Kotak Hitam Pesawat Malang Lion Air Akhirnya Berjaya Ditemui

BACA : Hospital Sahkan Tiada Satu Pun Luka Terbakar Dari Tubuh Korban Lion Air

BACA : (Video)Tragedi Lion Air : Pakar Aviasi Buat Andaian Tiub Pitot Mungkin Puncanya

Sumber : Kompas TV

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.