Siakap Keli
Gambar : Facebook Nurul Nadia Ismail

”Cantiknya Anak Ibu Ini, Pergilah Jangan Tahan, Ibu Redha” Sebaknya, Sehari Saja Allah Pinjamkan Zuriat Pertama Di Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pasangan pasti menantikan kelahiran cahaya mata. Rasa teruja itu tentunya lebih dirasai dengan kehadiran zuriat pertama yang menghuni rahim si ibu. Pasti ibu ayah tak sabar melihat si kecil itu, mirip siapakah anak ini nanti, bagaimana rasanya menjadi ibu bapa dan bermacam lagi bermain di fikiran. Semuanya pengalaman pertama untuk dirasai.

Namun, takdir tuhan tiada siapa mampu menolaknya. Zuriat pertama yang dinanti rupanya anak syurga yang hanya dipinjamkan sementara. Hati ibu ayah mana yang tidak sedih apabila hari pertama anak yang ditunggu lahir saja ke dunia ini tetapi diberitahu doktor dia tak mampu bertahan lama.

Puan Nadia ketika dihubungi Siakap Keli berkata, semasa mengandungkan Nurul Maryam dia tidak mempunyai masalah, cuma air ketubannya sedikit dan bengkak di dalam perut bayi. Biarpun tidak mempunyai air ketuban, Maryam masih aktif di dalam perut dan jantung juga berada dalam keadaan baik.

Ikuti luahan ibunya seperti di bawah. Moga diberi ketabahan kepada ibu dan ayah anak syurga, Maryam. Pimpin tangan ibu ayah di syurga nanti ya, Maryam. Sebak!

Bismillah.. 2 Disember 2018

Nurul Maryam selamat dilahirkan secara normal. Kuatnya Maryam ni. Pukul 2.17 pagi dengan ayah yang sentiasa disisi.

Pukul 4 pagi

Doktor paeds jumpa ibu ayah. Maklumkan tentang Maryam. Potter syndrome. Tak pernah dengar kan. 1 dalam 30000 kes ni. Bukan genetic bukan masalah chromosomes. She just can last long for few hours. Ibu ayah dah bersedia InshaAllah pada masa tu.

Pukul 7 pagi

Dr paeds jumpa ibu lagi. Maklumkan respon positif dari Maryam, bila diorang masukkan bantuan oxygen. Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ni. Anak ibu yang kuat ni.

Pukul 11.30 pagi

Ibu dapat jumpa Maryam. Cantiknya anak ibu. Subhanallah putih comel. Tapi, doktor kata, Maryam tak boleh bertahan lama, paru2 Maryam dah bocor.

Gambar : Facebook Nurul Nadia Ismail

Pukul 12.30 tengahari

Maryam yang cantik dapat jumpa semua orang. Nenek pakcik makcik semua. And Maryam bukak mata bila ayah panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil.

Pukul 5 petang

Orang tak henti-henti melawat Maryam. Semua cakap Maryam cantik. Semua cakap Maryam kuat. Doktor buat scan lagi nak tahu apa masalah Maryam. Result scan menunjukkan Maryam takda kidney, limpa and salur najis. Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam. Ibu tak nak Maryam sakit.

Pukul 8 malam

Ibu kena demam menggigil. Sebab ibu tak rehat sejak lahirkan Maryam. Ibu kuat bangun lawan sakit sebab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena jugak rehat atas katil. Ibu rindu Maryam.

3 Disember 2018

Pukul 1.17 pagi.

Ibu terjaga. Terdetik dekat hati ibu. Apalah khabar Maryam ibu ni. Ibu terus cakap, Maryam sayang kalau sakit tak payah tahan. Pergilah. Ibu redha. Then lepastu, nurse datang cakap dengan ibu, nicu call nak jumpa ibu. Then i know Maryam dengar apa ibu cakap kan.

Bila ibu sampai, heartbeat Maryam dah drop smpai 44. Ibu cakap, Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu. Itulah pertama kali ibu dapat peluk Maryam dengan ada banyak wire yang berat. Sakit mulut anak ibu kan. Bila ayah datang, heartbeat Maryam jadi stabil balik. Manja dengan ayah ni. Ibu bagi ayah pegang pulak. Sebab tangan ibu dah lenguh.

Gambar : Facebook Nurul Nadia Ismail

Pukul 3.35 pagi

Nurse kejut ibu sebab ibu tertidur dekat situ. “Puan anak dah takda puan”. Allah luluhnya hati ibu dengar. Thank you Maryam untuk 24jam yang ada @ Hospital Besar Melaka.

Sumber : Nurul Nadia Ismail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.