Siakap Keli
Surya Malang

Susah Disebut, Bayi Ini Mungkin Miliki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan

Setiap ibu bapa pasti memiliki nama yang sedap didengar, membawa maksud yang baik dan mudah disebut untuk anak masing-masing kan?

Jika sebelum ini pernah tular di Malaysia apabila nama-nama moden yang menjadi pilihan ibu bapa era milenium ini seringkali mengandungi sehingga 4 atau 5 patah perkataan.

Tetapi bagaimana jika nama tersebut mempunyai sehingga 19 patah perkataan? Panjang sangat kan? Tetapi itulah nama menjadi pilihan sepasang suami isteri di Kabupaten Tuban, di Desa Ngujuran, Kecamatan Bancar, Indonesia.

Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Ya, cuba anda ulang sebut sekali lagi. Barangkali, anak kepada Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah ini memiliki nama terpanjang di dunia.

Bagaimanapun, pemberian nama ini bukan dibuat secara suka-suka. Menurut Akhbar, nama-nama yang dipilih itu merupakan kota-kota lama Tamadun Islam yang pernah mengembangkan syiar Islam sehingga tamadun-tamadun tersebut menjadi contoh dunia.

”Ya namanya memang begitu, memang panjang. Ada kaitan dengan nama kota teladan Islam. Pada dasarnya, nama adalah doa. Semoga ia memberi manfaat kepada anak saya kelak,” kata Akhbar seperti dilaporkan oleh Tribun News.

Akhbar juga berharap Rangga yang dilahirkan pada 6 Januari lalu itu membesar menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga, masyarakat serta negara.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=4HhZPbaL9tM]

 

Sumber: Tribun News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.