Siakap Keli
Al-Jazeera

Lebih 130 Orang Maut Akibat Wabak Demam Denggi, Penurunan Pengambilan Vaksin Jadi Punca Utama

Jurucakap Kementerian Kesihatan Filipina mengesahkan lebih 130 orang meninggal dunia, sebahagian besar adalah kanak-kanak akibat wabak demam campak yang sedang melanda negara tersebut ketika ini.

Antara punca yang disebut-sebut kepada angka korban tinggi tersebut adalah penurunan pengambilan suntikkan vaksin dalam kalangan kanak-kanak yang menyaksikan berlaku peningkatan kes demam campak sebanyak 1,000 peratus di kota Manila, yang didiami lebih daripada 12 juta orang pada Januari lepas berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Daripada jumlah keseluruhan kematian sebanyak 136 orang, lebih daripada separuh adalah kanak-kanak berusia antara setahun sehingga empat tahun. Majoriti daripadanya tidak mendapat suntikkan vaksin.

Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque III pada Isnin mendedahkan bahawa gelombang peningkatan wabak bermula di Manila sejak minggu lepas dan dikhuatiri merebak di empat daerah berdekatan.

”Anda harus membawa anak anda ke hospital dan dapatkan suntikkan vaksin. Anda harus percaya dengan vaksin dan kami akan berusaha menyelamatkan anak-anak kamu.

”Vaksin adalah satu-satunya jawapan kepada masalah penularan wabak demam campak yang berlaku ketika ini,” kata Francisco.

Peningkatan wabak demam campak juga menarik perhatian Presdien Filipina, Rodrigo Duterte yang memberi amaran wabak berkanaan akan lebih melarat sekiranya ibu-bapa masih enggan membawa anak masing-masing mendapatkan suntikkan vaksin.

Kedegilan ibu-bapa untuk mendapatkan suntikkan vaksin ini dikaitkan dengan insiden kematian tiga orang kanak-kanak selepas mendapatkan vaksin demam denggi yang dihasilkan oleh Sanofi Pateur, syarikat pembuat ubat daripada Perancis pada 2017.

Kajian yang dibuat menunjukkan risiko jangkitan demam dinggi meningkat selepas suntikkan Dengvaxia diambil Keputusan kajian tersebut memaksa program vaksin anti-denggi kerajaan itu ditarik balik oleh Duterte walaupun seramai 830,000 kanak-kanak sudahpun mengambil suntikkan berkenaan.

Sejak itu, kerajaan Filipina berhadapan dengan kesukaran untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kebaikkan pengambilan vaksin.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan di Facebook juga menyebut kerajaan negeri Sabah sedang mempertimbangkan pemberian vaksin demam campak di negeri tersebut ekoran kebimbangan wabak di Filipina itu menular ke negeri berkenaan.

Sumber: Al-Jazeera

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.