Siakap Keli

(VIDEO) Selepas Belajar Selama 30 Tahun, Lelaki Ini Miliki 145 Gulung Ijazah Dalam Bidang Akademik

Seorang Professor yang mengajar di Chennai, India memiliki 145 gulung ijazah dalam bidang akademik sepanjang 30 tahun dan hingga kini beliau tidak bercadang untuk berhenti belajar dalam tempoh masa terdekat.

VN Parthiban, 56, mula berkeinginan untuk mendapatkan lebih banyak ijazah selepas beliau dengan ijazah pertamanya. Parthiban pada awalnya merupakan seorang pelajar yang tidak teratur dimana beliau sering mencampur adukkan kerja kursus dan akademiknya sehingga membawa beliau menduduki ujian yang salah.

Selepas menamatkan pengajian, Parthiban bekerja di Jabatan Kehakiman tetapi keinginan beliau untuk belajar tidak pernah pudar hingga menyebabkan beliau mencari tahu tentang mata pelajaran dan bidang yang boleh didapati di Universiti serta bersesuaian dengan beliau.

Akhirnya, Parthiban mengambil keputusan untuk kembali belajar dan mendapatkan ijazah kedua, ketiga dan kemudiannya 142 ijazah lainnya.

Antara senarai pencapaian Parthiban dalam ijazah ialah 3 gelaran Sarjana Sains, 8 Sarjana Undang-Undang, 9 Sarjana Pentadbiran Perniagaan, 8 Ijazah Sarjana Pengajian e-Dagang, 10 Ijazah Sarjana Seni dan 12 lagi di dalam pelbagai peringkat penyelidikan.

“Saya benar-benar suka belajar, tidak sukar, saya telah berterusan dalam proses membuat persediaan dan memohon kursus ijazah atau diploma baru,” katanya dipetik oleh Sunday Indian.

Menurut laporan dari Sunday Indian, ketika ditanya mengenai matapelajaran dan bidang yang kurang digemarinya, Parthiban menjawab ‘matematik’.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kesan sampingan yang negatif terhadap pembelajaran berterusan Parthiban. Difahamkan, penyerapan maklumat yang banyak telah mengganggu sistem memori Pathiban dan menyebabkan beliau kini sulit untuk mengenali wajah orang yang dikenali dan tempat serta laluan yang sering dilaluinya.

Namun, perkara itu bukanlah halangan besar yang menghalang Parthiban untuk terus melibatkan diri dalam bidang akademik dan kini beliau masih berkecimpung dalam karya akademiknya dimana beliau aktif belajar sambil menjalankan kuliah mengenai beberapa subjek di berbilang universiti.

Minat yang mendalam terhadap bidang akademik juga mengalir dalam tubuh keluarga Parthiban ini. Isteri dan dua orang anaknya juga memandang serius terhadap kepentingan akademik d

an isterinya sendiri juga dipercayai memiliki 9 ijazah dalam bidang akademik.

Sumber- The Sunday Indian

HISTORY

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar