Siakap Keli

Wang Tunai RM9,000 Lesap, Keluarga Mangsa Kemalangan Merayu Minta Pulangkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan pertama kali, tapi kes kecurian yang berlaku setiap kali berlakunya kemalangan sering terjadi. Mangsa kemalangan dirompak oleh orang ramai yang kononnya ingin membantu namun segala barangan mangsa diambil.

Seorang gadis, Mimi Syazwani memuat naik status di Twitter meminta jasa baik orang ramai untuk mengembalikan wang syarikat abangnya bernilai RM9,000 yang telah dicuri individu tidak bertanggungjawab ketika abangnya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Gadis ini sangat berharap wang itu dapat dikembalikan kerana jumlahnya terlalu besar untuk digantikan dengan keadaan abangnya yang masih belum pulih sepenuhnya.

Kami di SK mengharapkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian dapat menghubungi Mimi dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: Mimi Syazwani

Nur Farra