Mohd Ashraf Hassan merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang pada Sabtu lalu, 23 Mac dan sehingga kini masih tidak ditemui.
Ashraf antara sekurang-kurangnya 400 lebih peserta yang menyertai larian itu di sekitar Gua Tempurung dan tidak tiba di garisan penamat pada masa yang telah ditetapkan.
Hari ini, 27 March merupakan hari keempat sejak kehilangan Ashraf dan rata-rata netizen mendoakan agar dia selamat dan dijumpai dalam masa terdekat.
Di Twitter, hashtag #prayforacab dibuat bagi mendoakan kesejahteraannya sepanjang tempoh pencarian.
Pihak pengurusan larian tersebut turut meminta orang ramai untuk memaklumkan sebarang maklumat berkaitan mengenai Ashraf.
Sumber: Twitter
Baca: