Siakap Keli

Doktor Pakar Inkues Adib Buat Laporan Polis

Polis mengesahkan menerima laporan polis pada Sabtu lepas daripada dua doktor pakar Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang juga saksi inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Subang Jaya, pada 9.28 malam hari berkenaan.

Menurut laporan portal Malaysia Gazette, laporan polis itu dipercayai berhubung kait ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian kedua-dua saksi pakar itu oleh seorang lagi saksi dalam kes berkenaan.

“Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu Ugutan Bencana Kepada Seorang Penjawat Awam,” katanya dalam kenyataan.

Fadzil berkata tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat memandangkan inkues sedang dijalankan.

Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.

— BERNAMA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Editor: Azmil

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di