Siakap Keli

8 Manfaat Boleh Anda Perolehi Dengan Tidur Siang Sekejap Semasa Puasa Ramadan

Walaupun ramai yang sering kaitkan tidur siang dengan sifat malas, namun sebenarnya tidur siang mempunyai pelbagai manfaat jika kena pada caranya. Tempoh tidur siang yang terbaik ialah antara 20 hingga 30 minit. Tidur yang terlalu lama pada siang hari akan membuatkan anda bertambah penat dan lesu, seterusnya mengganggu produktiviti anda pada bulan Ramadhan.

Mari kita telusuri 5 manfaat tidur sebentar di siang hari seperti yang dikongsikan oleh Farah Aziz di laman Hello Doktor.

1. Meningkatkan fokus semasa bekerja

Tidur sekejap semasa puasa sangat bermanfaat untuk meningkatkan fokus kerja. Kebiasaannya semasa berpuasa kita sering hilang fokus semasa melakukan kerja kerana tubuh mula berasa lemah dan mengalamai dehidrasi. Jadi, untuk mengambalikan keadaan tubuh kepada normal, sebolehnya ambil masa 15-30 minit pada waktu siang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

2. Meningkatkan kesihatan jantung

Anda mungkin tidak merasakan tidur sekejap pada waktu siang selama 30 minit dapat menyihatkan jantung. Namun, beberapa kajian menunjukkan bahawa kualiti tidur yang singkat memberikan manfaat untuk jantung. Gangguan tidur pada waktu malam atau siang boleh menyebabkan masalah jantung sebanyak 37%.

3. Membekalkan sumber tenaga

Pada hari biasa makanan dan minuman menjadi sumber tenaga, berbeza pada bulan puasa yang mana sumber ini hilang kira-kira 13 jam. Dengan tidur sejenak pada siang hari kita dapat menjaga tenaga yang ada pada tubuh dan perasaan segar ketika bangun tidur akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk meneruskan kerja.

4. Tidak mudah terkena flu

Gambar: Google

Walaupun tidur siang sangat singkat iaitu kira-kira 15-30 minit, namun ia boleh boleh meningkatkan imunisasi tubuh. Semasa berpuasa kita mudah terkena serangan penyakit seperti flu terutamanya pada musim panas. Flu mudah menyerang tubuh yang lemah dan tidak mempunyai tenaga yang mencukupi.

5. Membaik pulih mood

Semasa berpuasa, perasaan lapar menyebabkan kita mudah mengalami perubahan mood. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, rasa marah akan kerap muncul dan ada kalanya kita akan menjadi lebih sensitif dengan banyak perkara sehingga ada sahaja yang salah. Jadi, untuk mengembalikan mood yang lebih baik, tidur sekejap sangat membantu anda.

Sumber: Hello Doktor, Mayo Clinic

Amira

Love yourself.