Siakap Keli

“To Infinity And Beyond,” Video ‘Superman’ Mendarat Demi ‘Emas’ Di Garisan Penamat Jadi Perhatian

Kejayaan boleh dicapai menerusi usaha yang gigih dan pengorbanan yang besar. Setiap pengorbanan yang dilakukan pastinya akan membuahkan hasil. Itulah yang dapat digambarkan menerusi aksi seorang atlet dari Amerika yang bertindak diluar kebiasaan untuk memenangi pertandingan.

Atlet yang dikenali sebagai Infinite Tucker itu menjadi perhatian apabila dia menamatkan lariannya dengan aksi ‘superman’ di garisan penamat. Aksi tersebut dilakukan bagi membolehkan dirinya memenangi pingat emas dalam acara larian 400 meter berhalangan di Kejohanan Southeastern Conference Track And Field.

Menurut Tucker selepas perlumbaan, dia telah berusaha sepenuhnya dan menamatkan larian dengan menggunakan seluruh daya serta tenaga.

“Saya menutup mata bermula halangan ke 10, kemudian saya membukanya dan nampak ibu dan terus melompat untuk memeluknya”

Usaha itu akhirnya membolehkan dirinya berjaya sebagai juara dalam kejohanan tersebut.  Syabas dan tahniah.

via GIPHY

Sumber: GIVEMESPORT

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa