Siakap Keli

Dilanda Wabak Terburuk Dalam Beberapa Dekad, Pelajar Tak Vaksin ‘Diharamkan’ Hadir Ke Sekolah

Musim panas di New York, kebanyakan kawasan di sana dilanda demam campak dan ia tercatat sebagai wabak paling teruk dalam beberapa dekad ini. Lantaran itu, satu undang-undang baharu telah dilaksanakan di mana ia melarang semua kanak-kanak yang tidak divaksin untuk hadir ke sekolah bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Dengan penguatkuasaan arahan tersebut, ramai di kalangan ibu bapa yang merupakan golongan anti-vaksin berasa marah dan mula memuatnaik ‘memes’ serta imej-imej kanak-kanak dengan reaksi sedih.

Menurut kenyataan rasmi dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Keluarga New York serta Jabatan Pendidikan Negeri, mandat yang digubal pada bulan Jun itu melarang sekolah daripada membenarkan mana-mana kanak-kanak dimasukkan atau menghadiri sesi persekolahan tanpa bukti vaksinasi.

Berikutan penularan wabak campak yang terburuk dalam beberapa dekad ini, Pengawai Kesihatan menyatakan seramai 26,217 orang kanak-kanak New York tidak diluluskan untuk masuk ke sekolah awam, swasta, paroki, pusat penjagaan kanak-kanak dan program prasekolah tidak termasuk mereka yang terkecuali di atas sebab-sebab yang berkaitan agama.

Jabatan Kesihatan New York menambah bahawa,

“Imunisasi memberikan kanak-kanak perlindungan yang terbaik daripada penyakit yang serius. Malah bidang sains telah menjelaskan bahawa vaksin adalah selamat dan berkesan.”

Sumber: Buzz Feed News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)