Siakap Keli

Air Kosong VS Air Isotonik Lepas Bersukan, Mana Lebih Baik?

Aktiviti sukan sememangnya memerlukan tenaga yang banyak mengikut jenis sukan yang dimainkan. Tenaga yang banyak dikeluarkan pasti akan membuatkan tubuh seseorang terutamanya atlet menjadi lemah. Disebabkan itu, adalah penting untuk mengambil langkah bagi kekal hidrasi sepanjang aktiviti bersukan.

Antara langkahnya ialah dengan mengambil minuman selepas aktiviti bersukan. Namun begitu, ramai yang memandang remeh pada kepentingan penghidratan semasa melakukan aktiviti sukan walaupun ianya sangat penting.

Walau bagaimanapun, timbul banyak perdebatan mengenai pengambilan minuman yang sesuai selepas menjalankan aktiviti sukan. Minuman yang dimaksudkan adalah di antara air kosong dan juga air isotonik.

Air Kosong

Ianya tidak menjadi masalah untuk mengambil air kosong selepas aktiviti bersukan. Perkara ini kerana ia lebih sesuai untuk diminum  sekiranya aktiviti sukan yang dijalankan tidak melebihi tempoh sejam. Tambahan lagi, air kosong juga sesuai diminum sekiranya aktiviti sukan yang dijalankan hanyalah pada kadar yang sederhana.

Gambar: Lemonbody.com

Air Isotonik

Berbeza dengan air kosong, air isotonik sememangnya sesuai untuk aktiviti sukan yang melebihi tempoh sejam dan yang memerlukan tenaga yang banyak. Air isotonik yang juga dikenali sebagai minuman sukan sebenarnya dapat menyegarkan tubuh badan para atlet selepas berkerah melakukan aktiviti sukan.

Kebanyakan minuman sukan mengandungi bahan yang sama iaitu air gula, garam dan kalium. Air berperanan untuk menyegarkan semula tubuh badan selepas bersenam, gula memberikan karbohidrat untuk tenaga dan garam dapat membantu mengekalkan air dan kalium yang membantu fungsi otot.

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Institut Perubatan Alam Sekitar Angkatan Darat di Natick, Mass, orang yang melakukan aktiviti sukan secara bersederhana dan tidak melebihi tempoh 60 minit adalah tidak mendapat sebarang faedah sekiranya mengambil minuman sukan atau air isotonik.

Bagi orang yang keluar selama satu jam untuk bermain tenis, tidak perlu mengambil minuman ini.

Walau bagaimanapun, menurut Dr Michael Sawka, ketua bahagian fisiologi dan perubatan institut berkenaan, adalah lebih baik untuk mendapatkan minuman sukan berbanding air kosong.

Air merupakan perkara yang sangat penting untuk tubuh badan manusia terutamanya selepas menjalankan aktiviti yang boleh mengurangkan tenaga tubuh badan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa bersedia sepenuhnya dalam menjaga keperluan hidrasi tubuh badan terutamanya ketika melakukan aktiviti latihan.

Sumber: The New York Times

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa