Siakap Keli

(Video) Timbalan Menteri, Eddin Syazlee Syith Rebah Ketika Sesi Soal Jawab Parlimen

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sidang Dewan Rakyat pagi ini dihentikan hampir 10 minit apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith mengalami sesak nafas ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada 10.30 pagi ini, dan kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN).

Eddin ketika itu dilaporkan baru sahaja tiba di Dewan Rakyat dan hendak duduk sebelum dilihat tiba-tiba tidak bermaya dan terduduk di kerusinya.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau Farahiah Zubir.

Pada waktu itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah sedang menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang merupakan soalan ketiga pada sesi pagi ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian segera menghentikan persidangan Dewan Rakyat dan meminta pasukan perubatan segera memberi bantuan sewajarnya.

Sumber: Bernama, Bersatu PDM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang