Siakap Keli
Kredit: Rakyatku News/Google

“Nak Buat Macam Mana, Dah Terlanjur”, Bapa Sanggup ‘Kahwin’ Anak Sendiri Yang Mengandung Dirogolnya

Seorang bapa berusia 50 tahun di Takalar, Indonesia bertindak gila apabila didakwa sanggup mengahwini anak sendiri yang mengandung enam bulan selepas dirogol lelaki berkenaan.

Lelaki diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun selama dua tahun. Menurut Tribun News, suspek pertama kali melakukan perbuatan terkutuk itu selepas mengintai anak perempuannya menyalin pakaian di dalam bilik setelah pulang dari sekolah.

“Dia selalu menolak setiap kali saya mahu. Biasanya sekali seminggu saya berhubungan badan, kecuali kalau dia datang bulan,” kata suspek.

Lelaki tua itu melakukan aksi terkutuk itu ketika isterinya sedang bekerja di sawah. Setelah anaknya hamil, suspek berusaha untuk menggugurkan kandungan anaknya itu dengan menggunakan beberapa ubat untuk menutupi perlakuan sumbangnya itu.

Walaubagaimanapun, kandungan itu tetap selamat, membuatkan suspek membawa anaknya ke luar daerah bagi menyembunyikan kehamilan remaja itu daripada si ibu.

Si isteri yang curiga dengan tindakan lelaki dan anaknya itu kemudiannya melaporkan kehilangan anaknya kepada pihak polis.

Setelah polis menemui mereka dan menahan suspek, si bapa mengaku bersedia bertanggungjawab dan mengahwini anak sendiri yang telah mengandung akibat dirogol itu.

“Perbuatan itu memang tidak senonoh tapi nak buat bagaimana lagi, sudah terlanjur. Kalau disuruh bertanggungjawab, saya mahu menikahinya,” kata T.

Lapor Rakyatku News, suspek melampiaskan nafsu terkutuk itu kerana mendakwa sering bergaduh dengan isterinya.

Sumber: Tribun News, Rakyatku News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.