Siakap Keli

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Hujan Meteor Quadrantids 4 & 5 Januari Ini

Tak sampai beberapa hari fenomena alam iaitu gerhana matahari berlalu pergi, kini muncul pula fenomena alam lain iaitu hujan meteor Quadrantids yang bakal dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia.

Menurut laman web time and date, hujan meteor Quadrantids ini selalunya aktif di antara penghujung bulan Disember dan awal bulan Januari.

Pancuran meteor itu dijangka bakal dapat disaksikan pada beberapa kawasan di Malaysia dari 4 Januari jam 11 malam sehingga awal pagi 5 Januari 2020.

Berikut adalah kawasan-kawasan berkemungkinan anda boleh menyaksikan peristiwa tersebut.

Bagi negeri Johor, kawasannya ialah Pulau Redang dan Mersing. Selangor pula adalah di Sekinchan, Bukit Broga, Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor dan Ulu Yam. Sabah di Kudat, Kota belud dan Tanjung Simoang Mengayau. Untuk Melaka pula ialah di Pantai Pasir Klebang sahaja. Negeri Pahang pula adalah di Pulau Tioman dan Cameron Highlands. Terengganu pula di Pulau Gem. Pulau Pinang pula di Pantai Malindo manakala Negeri Sembilan pula di Kampung Teluk Pelanduk, Seremban.

Berbeza dengan gerhana matahari, fenomena hujan meteor Quadrantids ini tidak memerlukan sebarang peralatan khas yang perlu digunakan.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: timeanddate.com

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.