Siakap Keli

(Video) TERKINI: Jet Pejuang Iran Dan AS Dilapor Telah Berlepas Dari Pangkalan Tentera Masing-Masing

Susulan daripada hubungan yang menjadi tegang diantara Amerika Syarikat (AS) dan Iran sejak daripada pembunuhan komander tertinggi Iran yang berlaku tempoh hari, Iran pada hari telah dilaporkan bertindak balas dengan melancarkan puluhan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera yang menempatkan tentera AS di Iraq.

Berikutan dengan itu, menerusi satu Tweet yang dimuat naik oleh Ranj Alaaldin, jet pejuang tentera Amerika Syarikat dilaporkan telah berlepas dari pangkalan udara UAE manakala jet pejuang Iran juga turut dilaporkan telah berlepas.

Laporan yang menyatakan jet pejuang kedua-kedua negara ini telah meninggalkan pangkalan udara masing-masing didakwa menimbulkan kebimbangan pertempuran skala penuh, menurut Ranj Alaaldin.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Baca: Dengan Kamera 108MP Xiaomi Note 10, Ini Hasil Yang Kami Dapat

Sumber: Ranj Alaaldin

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.