Siakap Keli
Foto: Zairul Eizam

“Allahu..Ada Baby,” Lelaki Bantu Pasangan OKU Motor Rosak, Tiada Kerja Perlu Sara 2 Orang Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mempunyai kehidupan yang yang lebih baik menjadi satu impian semua orang. Sebagai manusia, kadang-kadang kita terlepas pandang dengan mereka yang tidak bernasib baik. Contoh, jika motor rosak ditengah jalan, kita mampu untuk meminta pertolongan, tapi mereka, pasangan OKU motor rosak? Entah senang, entah susah untuk dapatkan pertolongan tersebut.

Jika kita rasa kita susah, ingatlah ada yang lebih susah lagi dalam kehidupan ini. Perkara ini akan membuatkan kita lebih rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Perkongsian di laman Facebook ini membuatkan ramai orang sebak kerana merasakan lagi ada orang yang lebih memerlukan jika dibandingkan dengan kita. Satu pasangan mengalami kesukaran kerana motor rosak di pertengahan jalan semasa pulang dari hospital.

Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.

Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu pasangan motor rosak ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.

Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.

“Allahu, ada baby”.

Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor rosak tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.

“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.

Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.

Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.

Apalah nasib pasangan OKU motor rosak ini jika tidak ditemukan dengan lelaki mulia ini.

Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.

“Bukit Subang”.

Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.

Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.

Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,

“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.

Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.

Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.

Saya tak faham apa yang mereka bincangkan. Tapi hati saya luluh melihat ketabahan keluarga ini. Saya sempat berlari kejar mereka ke koridor rumah flat untuk ambil nombor telefon si suami.

Sekali lagi mengalirkan air mata

Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.

Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.

Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan dan nombor telefon si ayah.

0129414966 (Whatsapp) – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad

Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)