Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Pemain Tenis Sesak Nafas Akibat Udara Kotor Di Terbuka Australia

Seorang pemain tenis yang bertanding di kejohanan Terbuka Australia 2020 terpaksa menarik diri daripada satu perlawanan pusingan kelayakan kerana didakwa mengalami masalah kesukaran untuk bernafas susulan daripada kualiti udara yang buruk hasil daripada kebakaran hutan yang berlaku di Australia.

Dalila Jakupovic, seorang pemain tenis wanita dari Slovenia itu telah terduduk sambil menahan kesakitan dan bertindak meninggalkan perlawanan tersebut setelah tidak mampu untuk meneruskan perlawanan walaupun dia hampir menewaskan lawannya itu dalam pusingan kelayakan pertama di kejohanan berkenaan.

Sesudah dia pulih daripada keadaan yang dialaminya itu, dia berasa sangat sedih dan marah pada masa yang sama.

“Saya tidak pernah didiagnos dengan asma mahupun masalah pernafasan. Insiden itu amat menakutkan saya. Saya tidak boleh bernafas, saya jadi buntu ketika itu. Saya sampaikan berasa bahawa saya akan pengsan di gelanggang itu,” ujar Dalila Jakupovic kepada AJplus.

Pegawai kesihatan yang peka akan situasi itu setelah melihat keadaan Dalila bertindak ke arahnya bagi membantunya. Selang beberapa minit selepas itu, Dalila dilihat dipapah keluar daripada gelanggang dan bertindak menarik diri daripada kejohanan tersebut.

Video berkenaan membuktikan bahawa bencana kebakaran hutan ini bukanlah sahaja memberi kesan akan habitat haiwan serta alam sekitar, ianya juga mampu untuk mengancam dan menjejaskan kesihatan manusia.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: AJplus/Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.