Siakap Keli
Gambar: Zoorprendente

(Video) Koala Kejar Penunggang Basikal Kerana Dahaga Mati Selepas Diberi Minum Terlalu Banyak Air

Seekor beruang Koala yang menderita akibat kebakaran hutan Australia dipercayai lemas kerana diberikan air terlalu banyak oleh penyelamat.

Beruang Koala yang dinamakan sebagai Arnie oleh penyelamat itu telah diselamatkan daripada bencana yang berlaku di Victoria dan dilaporkan mengalami luka kecil di bahagian tangan serta kakinya.

Walaupun beruang tersebut berjaya diselamatkan, ianya telah dilaporkan maut selepas diberikan air untuk diminum oleh seseorang yang baik hati dan prihatin akan nasib Koala itu.

Kebakaran di Australia dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dan jutaan haiwan yang menghuni hutan berkenaan.

Sebuah video yang memaparkan seorang pencinta haiwan memberi minuman kepada seekor Koala dengan menyuapkan air tersebut secara terus dari botol air telah menjadi tular di media sosial.

https://www.instagram.com/p/B6jjpHMlStM/

Susulan daripada itu, pakar menegaskan bahawa cara yang betul untuk memberi minuman kepada Koala adalah dengan menuangkan air ke dalam mangkuk sahaja. Ini kerana, dengan memberi minuman secara terus ke dalam mulut Koala, air boleh memasuki paru-paru dan boleh mengancam nyawa Koala tersebut.

Pusat Perlindungan Haiwan Liar Animalia memuat naik satu perkongsian berkenaan kematian Arnie pada akaun Facebook mereka. Mereka juga turut memberi amaran kepada penyelamat berkenaan dengan cara yang betul untuk memberi minuman kepada Koala.

“Mereka hanya ingin membantu. Mereka tidak tahu bahawa ianya adalah berbahaya untuk Koala minum dengan cara begitu.

“Mereka tidak tahu bahawa Koala biasanya mendapat sebahagian besar air melalui daun yang mereka makan dan mereka juga tidak kerap untuk minum air, dan bila mereka minum, mereka akan minum secara menunduk serta menjilat sejumlah kecil air dengan lidah mereka,” tulis pusat perlindungan berkenaan.

Apabila koala minum secara mendongak, air tersebut akan masuk ke dalam paru-paru mereka seterusnya menyebabkan Aspiration Pneumonia.

“Inilah yang terjadi kepada Arnie. Walaupun usaha menyelamat secara besar-besaran yang melibatkan perkhidmatan kecemasan serta penyelamat hidupan liar dilakukan, ia telah mati, lebih tepat lagi, dia telah lemas,” tambah pusat perlindungan haiwan liar itu menerusi perkongsian di Facebook mereka.

Beruang tersebut perlu dibungkus dengan selimut dan dibawa ke tempat perlindungan sekiranya menjumpai mana-mana koala yang terduduk di atas tanah di siang hari.

“Sekiranya anda terserempak dengan mana-mana koala yang kehausan, cara sebetulnya untuk memberi minuman kepadanya adalah dengan menuangkan air ke dalam mangkuk dan letakkannya di tanah atau tuang air tersebut ke dalam topi/topi keledar/cawan atau apa sahaja yang bersesuaian, kemudian letakkan ia berdekatan dengan mulut koala tersebut supaya koala itu boleh minum dengan cara menunduk.

“Sila ingat bahawa koala adalah haiwan yang hidup di atas pokok dan aktif pada waktu malam.

“Sekiranya anda terjumpa haiwan ini terduduk di tanah pada siang hari, sila hubungi pusat perlindungan haiwan liar,” ujar mereka.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right