Siakap Keli

Keputusan Sekat Pelancong Dari China Sebab Nak Lindungi Kesihatan Rakyat Kami- PM Singapura

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Sabtu menyatakan bahawa langkah yang diambilnya untuk menyekat kemasukan pelawat dari dan yang pernah ke China baru-baru ini dari memasuki Singapura adalah satu tindakan awal “untuk melindungi kesihatan warga awam Singapura”.

Bercakap di hadapan kira-kira 2,500 penduduk di satu majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina, Lee berkata bahawa China telah “melakukan sehabis baik” bagi membendung koronavirus dari Wuhan itu.

Oleh itu katanya, sekatan yang dilakukan pihak pelancongan Singapura adalah selari dengan usaha kawalan sempadan yang dilakukan oleh kerajaan China.

Pada Jumaat, Singapura telah mengharamkan semua pelancong dari dan yang pernah ke China dalam tempoh 14 hari lepas daripada memasuki serta transit ke negara itu selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global berikutan penularan virus tersebut.

Susulan daripada sekatan itu, visa baru tidak akan dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai pasport China, semua permohonan pas pekerja baru untuk pekerja asing dari China dan visa sekali masuk serta visa beberapa kali masuk bagi rakyat China akan digantung.

Ianya dilakukan kerana Singapura perlu melindungi kesihatan rakyatnya daripada situasi yang sedang melanda China, dimana penularan wabak ini semakin teruk, katanya. Negara lain juga mengenakan sekatan yang sama, ujarnya.

Singapura adalah merupakan salah satu hab transit perjalanan, dan sekiranya virus ini tular di negara-negara jiran seterusnya di rantau Asia Tenggara, ianya akan memberi masalah besar untuk Singapura, kata Lee.

Sumber: SCMP

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.