Siakap Keli
Foto: Facebook

Depoh Simpanan Kereta DBKL ‘Dijilat’ Api, 30 Buah Kereta Lama Rentung

KUALA LUMPUR – Kira-kira 30 buah kereta lama yang ditempatkan di sebuah depoh simpanan kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) musnah dalam satu kebakaran di Taman Connaught, Cheras di sini malam ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira 8.04 malam ini sebelum mengerahkan jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati depoh berkenaan sedang terbakar dan pasukan bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal api.”

“Api dapat dipadam pada jam 10.18 malam dengan kebakaran kereta dianggarkan melibatkan 30 buah kesemuanya,” menurut kenyataan itu.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)