Siakap Keli
Kredit: Google

Ronaldo Dilaporkan Terima Bayaran Lebih RM3 Juta Dengan Hanya Buat Satu ‘Post’ Di Twitter

Bintang bola sepak dan Instagrammer dengan pendapatan tertinggi di dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan turut memiliki tweet termahal di Twitter.

Dengan lebih 82 juta pengikut, kiriman beliau di Twitter dilaporkan bernilai USD$868,606, bersamaan kira-kira RM3,632,597, lapor Fox Business.

Pemain kelab Itali berusia 35 tahun itu mengatasi pemain bola Sepanyol, Andres Iniesta pada tangga kedua (USD$590,825) diikuti Neymar (USD$478,138).

Beliau memperoleh pendapatan melalui kerjasama bersama NIKE, servis penstriman DAZN dan Herbalife.

CR7 merupakan atlet dengan bayaran kedua tertinggi pada 2019 dengan pendapatan keseluruhan bernilai USD$109 juta termasuk USD44 juta dari endorsan.

Hal ini tidak asing lagi bagi selebriti Instagram yang mengaut kekayaan sebanyak RM200 juta melalui akaun Instagram miliknya dengan satu pos dilaporkan bernilai USD$975,000 bersamaan kira-kira RM4 juta (CNBC, 2019).

Pendapatan diperolehnya melalui Instagram didakwa melebihi gajinya bermain bola iaitu sebanyak 31 juta Euro, bersamaan hampir RM140 juta.

Sumber: Fox Business, CNBC

Amira

Love yourself.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)