Siakap Keli

Keluarga Mentua Pulang Ke Malaysia, Ibu Ashraf Titip ‘Pesan’ Buat BCL dan Noah

Pada hari kelapan pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mertuanya yang pulang semula ke Malaysia.

Ibu Ashraf Sinclair, Khadijah Sinclair, kelihatan mengucapkan selamat tinggal kepada menantunya dan juga kepada semua rakyat Indonesia.

Menerusi posting yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya,  Khadijah Sinclair berkongsi satu gambar yang menunjukkan dia bersama suami dan anaknya, Aishah Sinclair dengan senyuman yang penuh ketabahan.

Gambar itu diambil ketika mereka melawat makam Ashraf Sinclair.

Bersama-sama gambar itu, Khadijah juga meluahkan rasa syukur kerana Ashraf menerima kasih sayang dan memohon agar warga net mendoakan  Al Fatihah yang tidak pernah putus kepada arwah.

Insya Allah di izin Allah SWT, Umi akan ke Jakarta selalu untuk bersama dengan anak umi tersayang, Bunga dan cucu Umi tersayang, Noah. 

Saya sayangkan anda semua kerana anda menyayangi anak lelaki saya, arwah Ashraf. Marilah kita melakukan pelbagai kebaikan di muka bumi ini agar kita boleh bersama dengan arwah di Jannah InsyaAllah. Alfatihah. Amiin.

Warga net dari Malaysia dan Indonesia juga menghujani ruangan komen dengan pelbagai kata-kata semangat serta doa kepada Khadijah dan keluarga.

Sumber: TribunSeleb, dida_sinclair

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa