Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Rakaman CCTV Belukar Di Australia Marak Selepas Disambar Petir

Kebakaran belukar besar-besaran di Australia sebelum ini telah memusnahkan ribuan rumah dan haiwan sehingga mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat dunia.

Terbaru, satu video menunjukkan kilat yang kuat menyambar kawasan belukar  sehingga mencetuskan api yang marak di kawasan tersebut.

Video yang dirakam oleh kamera keselamatan itu menunjukkan kepulan asap ‘berterbangan’ ke udara dan selepas itu api dilihat mula marak. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang kering sehingga membuatkan api merebak dengan mudah.

Kejadian yang berlaku di Carramar, Australia itu memperlihatkan api semakin tinggi dan tiada siapa di situ untuk melaporkan kejadian tersebut.

Ajaibnya, tidak lama selepas itu, hujan mula turun dengan sangat lebat tepat pada waktunya. Titisan air hujan tersebut menyebabkan api tersebut terpadam.

Jika hujan tidak turun, kebakaran tersebut mungkin tidak dapat dikawal.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra