Siakap Keli
Foto: Muhammad Hafiz

Lelaki Kongsi Keadaan Lengang Melawati Mall Semalam, Kedai Buka Pelanggan Tiada?

Susulan daripada kes wabak Covid-19 yang dilaporkan pihak Melawati Mall mengatakan bahawa terdapat pengunjung yang disahkan positif itu telah mengunjung pusat membeli belah tersebut pada 2 Mac yang lalu.

Berikutan dengan itu, seorang pengguna sosial media berkongsi gambar keadaan semasa akibat daripada wabak Covid-19.

Apa yang kita boleh lihat daripada foto-foto yang dikongsikan ini adalah keadaan di parkir kereta juga suram kerana ketiadaan kereta. Malah bukan itu sahaja, situasi di medan selera dalam kompleks membeli belah tersebut dikatakan tiada pengunjung.

Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian daripada pihak SK mengatakan bahawa langkah-langkah pembersihan serta mensanitasi permis akan dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Sumber: Muhammad Hafiz Shamsuddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang