Siakap Keli

Keberkesanan PKPB, Sasaran 1 Angka Kes Mungkin Dilihat Seminggu Dua Lagi – KKM

Keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilihat dalam tempoh seminggu dua lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, “Kita kena lihat setiap hari perkembangan terkini kes-kes baru yang dikesan dan juga sama ada rakyat Malaysia patuh pada SOP yang ditetapkan.

“Kalau kepatuhan rakyat sangat tinggi, InsyaAllah kita akan dapat kurangkan kes,” katanya dalam Sidang Media Harian, hari ini.

Sementara itu, sasaran penurunan ke satu angka kes turut dilihat dalam tempoh terdekat sejurus bermulanya PKPB ini.

“Walaupun kita ada tiga zon PKP Diperketatkan (PKPD) dan kluster baru dikenal pasti, kita harap dapat kekalkan jumlah dua angka kes setiap hari.

“Dan sasaran kita kalau boleh kurangkan kes-kes yang telah lihat, dan mungkin sasaran kita untuk mencapai satu angka kes dalam tempoh seminggu dua lagi,” tambahnya lagi.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'