Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Mak Rehat Ye,” Tak Sempat Sambut Raya, Ibu Meninggal Pada Hari Lahir Anak Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Itulah yang akan dilalui setiap daripada kita yang bergelar manusia di atas muka bumi ini.

Sememangnya diakui bahawa pemergian seseorang yang disayangi pastinya akan menyebabkan rasa sedih dalam diri seseorang yang masih hidup.

Dalam satu ciapan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @NurFirzanah, dia ada berkongsikan tentang pemergian ibunya pada bulan yang mulia ini.

Pun begitu, lebih menyedihkan untuknya adalah ibunya yang tercinta itu telah pergi pada tarikh ulang tahun kelahirannya.

“19/5- Tarikh hari lahir aku dan tarikh itu juga perginya Mak aku”

Menurutnya lagi, ibunya itu tidak sempat untuk berjumpa dengan cucu ketiganya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir dan berhajat untuk membelikan basikal untuk cucu-cucunya itu.

Pemergian insan yang tersayang, lebih-lebih lagi insan yang merupakan tempat kita bergantung pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam.

Tak sempat nak luangkan masa bersama pada saat-saat terakhir

Tambahnya lagi dalam perkongsiannya lain, semasa ulang tahun kelahirannya, dia tidak sempat untuk meluangkan masa bersama ibunya.

 

Takziah diucapkan, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: @NurFirzanah_

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa