Siakap Keli

“Saya Amat Sedih….,” Dr Zulkifli Umum Sumbangan RM20K Dan 5 Buah Mesin Basuh Kepada SMA Al-Falah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri hari ini mengumumkan menerusi laman Twitter mengenai sumbangan kepada Sekolah Menengah Agama Al-Falah sebanyak RM20,000 dan lima buah mesin basuh.

Menurutnya, permohonan penggantian karpet juga telah diluluskan olehnya dan bantuan lain juga akan diteliti secepat mungkin.

Saya amat sedih dan dukacita atas apa yg berlaku

Terdahulu, Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub itu dilaporkan telah terbakar pada pagi Sabtu (4 Julai) lalu dan memusnahkan siling serta bangunan di tingkat dua asrama lelaki. Kejadian tersebut hanya membabitkan tingkat dua di blok asrama lelaki dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa