Siakap Keli
Gambar: Smart Komuniti MP Manjung

Siapa Lebih ‘Kera’? Lagi Kejadian Vandalisme, Papan Tanda Dilarang Beri Makan Kera Diconteng

Baru sahaja tular kejadian sebuah kiosk buku Kuala Lumpur Kota Buku Dunia (KLWBC) di Bukit Bintang dipecahkan pelaku vandalisme pagi tadi, kini berlaku lagi isu yang sama di Perak.

Sebuah papan tanda amaran bertulis ‘Dilarang Memberi Makan Kepada Kera’ di Taman Desa Manjung 2, Lumut, Perak dilaporkan diconteng dengan cat hitam.

Merujuk kenyataan Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran (MP) Manjung, kejadian tersebut dipercayai ‘hasil tangan’ individu pelaku vandalisme yang tidak bertanggungjawab.

BACA: Habis Rosak, Kiosk Buku Kuala Lumpur Pecah Didakwa Dibaling Batu Pelaku Vandalisme

Gambar: Smart Komuniti MP Manjung
Gambar: Smart Komuniti MP Manjung

Difahamkan, papan tanda amaran tersebut baru sahaja dinaikkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan pada 25 Jun lalu.

Namun tidak sampai dua minggu, ia dikesan sudah dicemari oleh tangan-tangan ‘gatal’ perosak yang tiada kesedaran sivik pada kelmarin.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat serta bukti berkaitan kes berkenaan diminta tampil ke MP Manjung bagi membantu siasatan.

Sumber: Smart Komuniti MP Manjung

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.