Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Labuan Alami Gangguan Sementara Bekalan Air Sejak Selasa Lalu

Labuan: Hampir 85 peratus daripada 97,000 penduduk di pulau bebas cukai ini sedang mengalami gangguan sementara bekalan air sejak Selasa lalu disebabkan paip pecah di hadapan Labuan Shipyard & Engineering, Jalan Pulau Enoe, di sini.

Gangguan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan zon perindustrian di sini.

Pengarah Jabatan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan (JBAWPL), Muhamad Zulkeflee Yusof berkata kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan membabitkan paip bersaiz 800mm sejak Selasa lalu selepas dikesan pada malam Sabtu.

”Paip tersebut menyalurkan bekalan air dari empangan di Pulau Enoe ke Loji Rawatan Air Jalan Kolam di sini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Susulan gangguan tersebut, katanya, pihaknya menyediakan bekalan air terawat melalui penghantaran ke tujuh buah tangki statik dan lori tangki air di kawasan kediaman dan 27 buah kampung di pulau itu.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.