Siakap Keli
Gambar: Amni Syazwina

(Video) “Terima Kasih Ya Allah…”, Gadis Teruja Dapat Jurusan ‘Medic’, Reaksi Ayah Datang Peluk & Menangis Gembira Buat Netizen Tersentuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam, 18 Ogos 2020 merupakan tarikh keramat bagi lepasan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) dan setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ramai yang meluahkan keterujaan, rasa terharu dan tak kurang juga ada yang bersedih menerima keputusan UPU masing-masing.

Baru-baru ini, seorang pelajar lepasan UiTM Kuala Pilah, Amni Syazwina berkongsi kegembiraannya apabila diterima masuk ke sebuah Universiti Awam dalam jurusan perubatan.

Teruja dan terharu mendapat jurusan idamannya, Amni berpelukan dengan ayahnya yang turut kelihatan gembira.

“Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah terima kasih. Reaksi saya dengan ayah bila keputusan UPU keluar. Saya dapat jurusan yang saya nak, alhamdulillah jurusan perubatan,” kongsi gadis berusia 21 tahun itu.

Perkongsian Amni membuatkan warga maya tersentuh melihat hubungan bapa dan anak ini di samping menumpang gembira atas kejayaannya.

Terharu, mata berkaca tengok video ni

Gembiranya dapat peluk ayah sendiri

Bangga seorang ayah kepada anak

Tahniah dan moga berjaya

Pilih kawan yang baik dan membantu

Tajdid (perbaharui) niat setiap hari

Ternyata tiga tahun berhempas pulas dalam Diploma Mikrobiologi membuahkan hasil untuknya. Tahniah Amni.

Bagi adik-adik yang tidak mendapat jurusan atau institut diimpikan, tahniah juga kerana kuat dan moga dipermudahkan urusan seterusnya. Rezeki dan jalannya pasti ada, cuma yang paling penting kita terus berusaha mengejar cita-cita serta percaya perancangan-Nya adalah yang terbaik.

Moga berjaya.

Sumber: Amnisyazwina99

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.