Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai buat setiap ibu bapa.
Pun begitu, ibu bapa perlu bersedia menghadapi pelbagai karenah dan telatah nakal anak-anak.
Manakan tidak, pasti ada saja buah fikiran mereka yang akan ‘memeningkan’ kepala ibu bapa.
Seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini yang memaparkan telatah anaknya yang tidak terjangka.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Cipinas itu, dia kebuntuan setelah remote televisyennya hilang.
Setelah mencari di seluruh pelusuk rumah, dia menebalkan muka untuk bertanyakan kepada guru sekolah anaknya jika anak lelakinya membawa remote itu ke sekolah.
Pun begitu, dia terkejut setelah diberitahu bahawa remote itu telah dimasukkan ke dalam peti ais.
Remote tersebut dikatakan telah dimasukkan bersama sebotol vitamin dan menyebabkan kedua-duanya beku.
Perkongsian itu telah membuatkan ramai netizen yang terhibur.

Sumber: Cipinas
Remote Smart TV disini