Siakap Keli

Sehingga Kini Tiada Bukti Menunjukkan Bahawa Kematian Haziq Berkaitan Langsung Dengan Vaksinasi Covid-19 – Dr Zahari

Allahyarham Haziq Kamaruddin yang pergi secara mengejut meninggalkan kita semalam telah mengejutkan ramai pihak. Haziq Kamaruddin salah seorang pemanah negara yang sedang dalam ‘perjalanan’ ke Sukan Olimpik Tokyo tahun ini.

Dalam satu kiriman Bernama TV, satu kenyataan media hasil bedah siasat kematian Haziq Kamaruddin telah dikeluarkan oleh Dato’ Dr Zahari Noor. Proses bedah siasat selesai dilakukan selepas calitan ujian Covid-19 yangdiambil menunjukkan keputusan negatif.

Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atheroclerosis).

Walaubagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal. Namun, sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)