Siakap Keli

TERKINI: Keputusan Pencapaian SPM 2020 Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada 2019.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian tersebut merupakan pencapaian terbaik SPM dalam tempoh lima tahun.

Manakala, berdasarkan pretasi mata pelajaran, lima mata pelajaran menunjukkan peningkatan pada tahun 2020 berbanding hanya tiga mata pelajaran pada tahun 2019.

Namun begitu, dua mata pelajaran lain menunjukkan penurunan pada tahun 2020, sedikit berbanding pada tahun 2019 dengan empat mata pelajaran menunjukkan pretasi menurun.

Baca: SPM 2020: Pencapaian Calon Luar Bandar Lebih Tinggi Berbanding Calon Di Bandar

Seramai 401,105 calon menduduki peperiksaan SPM 2020 melibatkan sesi pertama pada 22 Februari sehingga 25 Mac 2021.

Manakala, sesi kedua melibatkan seramai 2,969 calon yang dikuarantin dan disahkan positif Covid-19 pada 6 April sehingga 23 April 2021.

Setiap calon sekolah dan persendirian boleh memperoleh keputusan pada hari ini bermula jam 10 pagi dengan menyemak melalui dua kaedah termasuk menerusi pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Kedua, semakan keputusan SPM 2020 juga boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi hari ini sehingga jam 6 petang, 17 Jun.

Baca: Ini Panduan Untuk Semak Dan Muat Turun Slip Keputusan SPM Esok

Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.