Siakap Keli
Gambar: @hidden.on.google.earth

(Video) Misteri ‘Rangka Ular Gergasi’ Terakam Google Earth, Rupanya Memang Wujud & Ini ‘Asal Usulnya’

Pelbagai misteri telah ‘dibongkarkan’ melalui aplikasi Google Earth daripada lokasi jenayah sehinggalah tempat seram yang ditinggalkan seperti di Pripyat, Chernobyl.

Dengan teknologi itu, pengguna boleh ‘mengembara’ di seluruh dunia hanya menggunakan peranti di hujung jari. Malah, hampir setiap ceruk terpencil pun boleh diterokai jika lokasi itu pernah dikunjungi kenderaan Google Earth.

Salah satu misteri yang boleh dilihat daripada satelit Google ialah rakaman kerangka ular gergasi misteri di tepi pantai yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, @hidden.on.earth. Rakaman itu telah mendapat lebih 2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Dalam rakaman berkenaan, individu itu telah mengezum masuk ke sebuah lokasi persisiran pantai di atas peta dipercayai di negara Perancis.

Semakin didekati, tampak jelas kelibat seakan rangka ular gergasi yang melingkar di persisiran pantai berkenaan.

Malah, ia juga mempunyai bahagian yang lengkap daripada kepala serta tulang belulang yang panjang sehingga dapat dilihat jelas dari satelit.

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

@hidden.on.google.earth

This is scary 😳 #Bossit2021 #googleearth #hiddenongoogleearth #streetview #googlemaps #scary #viral #funny #horror #lol

♬ original sound – sk1ttle

Bagaimanapun, hasil carian mendapati lokasi tersebut merupakan arca ular gergasi yang dinamakan Serpent D’ocean yang terletak di Plage, Perancis.

Menurut Awesome Invention, arca itu merupakan hasil seni seorang artis kelahiran China, Yong Ping yang popular pada tahun 1980-an.

Terkenal dengan binaan seni besar yang mengetengahkan unsur Timur-Barat, banyak antara karyanya telah disekat kerajaan China yang menganggap karya itu tidak selari dengan politik tempatan.

Sekatan tersebut membuatkan Yong Ping berpindah ke Perancis pada 1989 dan akhirnya menjadi rakyat negara berkenaan.

Dalam budaya masyarakat China, ular merupakan salah satu 12 haiwan zodiak yang dianggap paling misteri. Artis berkenaan telah memilih haiwan itu sebagai simbol misteri, ketajaman dan keganasan sebagai subjek arca seni gergasinya itu, kongsi Awesome Invention.

Kredit: Google
Kredit: Google

Siap dibina sepenuhnya menggunakan aluminium pada 2012, arca itu dikatakan mempunyai saiz sepanjang 13o meter.

Arca itu terus terdedah seiring ketinggian air yang semakin berkurang, mendedahkan rangka yang dibina berilhamkan jambatan berdekatan, iaitu jambatan Saint-Nazaire.

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google

Sumber: @hidden.on.earth, Awesome Inventions, My Modern Met

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya

Amira

Love yourself.