Siakap Keli

Takut Kantoi Dengan Bakal Suami, Wanita Sumbat Kertas Dalam Mulut Bayi Baru Lahir ‘Hasil’ Cinta Terlarang Dengan Rakan Pejabat Hingga Mati Lemas

Tidak mahu rahsia hubungan gelapnya dengan rakan sekerja terbongkar, seorang wanita dilaporkan telah membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan memasukkan gumpalan kertas ke dalam mulut anak kecil itu.

Menurut Kompas.com, perkara tersebut diketahui selepas penemuan bayi tersebut yang berbungkus plastik di Desa Lajer, Kabupaten Kebumen pada minggu lalu.

Wakil polis Kebumen, Edi Wibowo mengatakan bahawa bayi itu sememangnya telah dirancang untuk dibunuh sejak dalam kandungan lagi. Bapa kepada bayi itu dikatakan pernah menyuruh wanita berusia 23 tahun tersebut meminum ubat peluntur janin bagi menggugurkan kandungannya namun bayi itu membesar dengan baik di dalam rahim sehingga dilahirkan dalam keadaan sempurna.

“Bayi dibunuh sejurus selepas dilahirkan kerana ibunya tidak menginginkannya,” kata Edi.

Gambar Via Kompas.com

Difahamkan, bayi yang baru lahir itu dibunuh dengan cara memasukkan gumpalan kertas selama lebih kurang 15 minit ke dalam mulutnya dengan tujuan untuk melemaskannya.

Setelah tidak lagi bernyawa, bayi yang tidak bersalah itu dimasukkan ke dalam sebuah beg dan dibuang di saluran pengairan.

Pihak polis juga mendedahkan bahawa kedua-dua suspek mengaku beberapa kali melakukan hubungan terlarang walau si lelaki sebenarnya sudah berkeluarga.

Lebih mengejutkan, wanita itu juga sanggup membunuh anak yang tidak berdosa kerana takut jika calon suaminya tahu yang dia sebenarnya hamil kerana mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

“Saya menyesal tuan, sangat menyesal,” kata wanita itu kepada pihak polis.

Namun segalanya telah terlambat, dia bakal didakwa di bawah akta perlindungan anak Subsider dengan hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak Rp 3 juta.

Manakala, kekasihnya pula mungkin akan berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak Rp 1 juta.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story