Siakap Keli
Gambar Hiasan via 101 Ways To Survive

Tanggal 3 Ogos, Semenanjung Malaysia Pernah ‘Bergelap’ Tahun 1996, Imbau Kisah 25 Tahun Lalu

Bekalan elektrik sememangnya sumber tenaga yang bukan sahaja sangat penting untuk manusia, malah juga sangat penting kepada negara dan dunia. Apa tidaknya, pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya tiada bekalan elektrik terutamanya dari segi kerugian.

Mengimbau kembali kejadian yang telah menimpa pada 25 tahun yang lalu, rakyat Malaysia di Semenanjung terpaksa bergelap selama beberapa jam akibat bekalan elektrik terputus. Tanggal 3 Ogos 1996 menjadi sejarah apabila bekalan elektrik terputus secara besar-besaran di Semenanjung Malaysia bermula jam 5.17 petang.

Gambar: 101 Ways to survive

Antara negeri-negeri yang terlibat termasuklah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang turut mengalaminya untuk beberapa jam.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila talian penghantaran berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Ismail di Paka, Terengganu terganggu pada waktu tersebut. Kesan daripada itu, semua stesen kuasa di Semenanjung Malaysia telah mengalami kegagalan dalam membekalkan kuasa elektrik. Walau bagaimanapun, bekalan dilapor kembali pulih pada jam 11 malam.

Gambar Hiasan via USA Today

Ekoran kejadian itu, pastinya banyak kerugian yang dicatatkan disebabkan bekalan elektrik merupakan antara sumber yang penting. Turut terpalit dengan kerugian pada masa itu adalah pengilang-pengilang yang dianggarkan sekitar RM123 juta dalam tempoh 12 jam. Selain itu, TNB juga dilaporkan menanggung kerugian sekitar RM13.6 juta dan juga tambahan RM10 juta bagi kerugian peralatan yang rosak.

Menurut maklumat dari Wikipedia, pihak kerajaan telah meluluskan lima penghasil kuasa untuk menyertai penjanaan elektrik dan juga telah menyebabkan saham utama Tenaga Nasional jatuh mendadak.

Selain daripada kejadian pada tahun 1996, Malaysia turut mengalami kes gangguan bekalan elektrik pada tahun 1992 dan 2003.

Sumber: Wikipedia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa