Siakap Keli

TERKINI: UMNO Sebulat Suara Tarik Balik Sokongan Terhadap Kerajaan PN & Muhyiddin Yassin

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini sebulat suara menyatakan pendirian mereka untuk menarik balik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

BACA: UMNO Tidak Akan Pertahankan Kerajaan PN, Setia Bersama Agong

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut diambil bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BACA: Kenyataan Penuh UMNO: 5 Perkara Mengenai Penarikan Sokongan Terhadap Kerajaan, PM

Tambah Zahid, surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mempunyai angka mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri, telah dipersembahkan kepada Agong sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

Sumber: Sidang Media UMNO

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.