Rekod baharu bakal tercipta, seekor kucing di Turner, Oregon yang berusia 26 tahun dilaporkan menjadi kucing yang paling tua di dunia.
Menurut Perthnow, pemiliknya, Charlie Briggs telah menghubungi Guinnnes World Record untuk mengesahkan mengenai kucingnya itu.
“Pihak Guinness mengatakan bahawa kucing tertua di dunia yang berada dalam rekod pada ketika ini adalah berusia 24 tahun.

“Saya teruja dan mengatakan bahawa kucing saya lebih tua dua tahun. Dia mungkin boleh ‘menang’ dan dimasukkan di dalam rekod dunia,” kata Briggs.
Difahamkan, kucing yang diberi nama Samm itu telah dipelihara oleh Brigss sejak tahun 2002. Walaupun usianya sudah lanjut namun doktor haiwan mengesahkan bahawa Samm masih lagi sihat dan berada dalam keadaan baik.
Briggs yang teruja telah berkongsikan perkara tersebut kepada rakan-rakannya di media sosial dan mendapat dorongan untuk menyertai rekod dunia itu.
Sumber: Perthnow