Siakap Keli
payung terjun tak terbuka
Gambar via TikTok

(Video) Payung Terjun Tak Terbuka, Detik Cemas Askar ‘Jatuh’ Dari Kapal

Salah seorang penerjun anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) berdepan detik cemas apabila payung terjun yang digunakan tak terbuka dengan sempurna sejurus terjun dari pesawat.

Detik cemas kejadian tersebut yang dipercayai berlaku semalam, sempat dirakam oleh warganet sebelum menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang beredar, dapat dilihat sekumpulan anggota tentera melakukan aksi terjun dari udara menggunakan payung terjun.

Namun, salah seorang daripada mereka kelihatan menjunam lebih laju dari anggota-anggota lain dan menuju ke arah pepohon yang berada di situ.

Pada masa yang sama, turut kedengaran suara beberapa individu di dalam rakaman tersebut yang tak henti-henti mengucapkan ‘Allahuakbar’, dipercayai terkejut melihat insiden itu.

Menurut laporan Kabar Negri, payung terjun yang digunakan anggota tentera tersebut dikatakan tak terbuka dengan sempurna menyebabkan anggota berkenaan ‘terjun bebas’ di udara.

Namun begitu, penerjun berkenaan yang juga dikatakan seorang anggota dari Yonif Para Raider 503/Mayangkara dilaporkan selamat setelah tersangkut pada pokok dan tidak sempat jatuh ke tanah.

Walaupun sempat mengalami detik mencemaskan ini, penerjun berkenaan masih sempat tersenyum ketika ditemui dan ‘diselamatkan’ dua anggota TNI yang lain.

@radardepok

Beredar video seorang peterjun anggota TNI “terjun bebas” diudara setelah parasut miliknya gagal, Senin (14/3/2022). #radardepok

♬ suara asli – RADAR DEPOK – RADAR DEPOK

Sumber: Suara.com

Eyla Azri