Siakap Keli
Sumber: The Mirror

Baru Berusia 2 Tahun, Wanita Ni Tak Sangka Kucing Dibelanya Boleh Jadi Begitu Besar

Seorang wanita di Rusia dilaporkan membela seekor kucing besar berbaka Maine coon sehingga ramai yang selalu menyamakannya sebagai anjing.

Yulia Minina, yang tinggal di sebuah bandar kecil Stary Oskol, membeli kucing berbaka Maine coon itu hampir dua tahun yang lalu.

Menurut Yulia, dia memberi nama Kefir itu sempena nama sejenis minuman tenusu kerana bulunya yang lebat dan berwarna putih.

Kefir sebenarnya bukanlah kucing dewasa, malah ianya baru berusia dua tahun. Pun begitu, dia mempunyai berat badan seberat 12.5 kilogram dan dipercayai akan menjadi lebih besar sehingga kira-kira umur 3 hingga 4 tahun nanti.

“Saya tidak menyangka ia boleh menjadi begitu besar. Dia bukan sahaja membesar dari segi penampilan, tetapi dia juga sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang.

Gambar: The Mirror

Menurut Yulia, walaupun penampilan Kefir menggerunkan tetapi dia sebenarnya seekor kucing yang manja.

“Apabila kawan dan kenalan datang ke rumah, semua perhatian tertumpu kepadanya dan dia rela membiarkan dirinya dibelai.

Namun, apabila orang asing yang tidak pernah melihat Kefir sebelum ini datang ke rumah, mereka keliru melihat dia menyapa mereka di pintu dan menganggap bahawa dia adalah seekor anjing.

Tambahnya lagi, pada waktu malam, Kefir sering memanjat badannya untuk tidur.

“Semasa dia masih kecil, ia tidak menyusahkan saya. Tetapi kini dia telah menjadi besar dan berat, sudah tentu sukar untuk tidur seperti itu.”

Foto Yulia mendukung kucingnya seberat 12.5 kilogram itu menunjukkan betapa kerdil tuannya.

Sesetengah orang tidak percaya bahawa saiz Kefir adalah sebesar yang dilihat dalam foto, tetapi Yulia menegaskan: “Saya tidak menggunakan Photoshop.”

BACA JUGA: Buat Kek Untuk Bagi Pada ‘Customer, Tapi Lain Pula Yang Jadi. Kucing Makan Kek Lapis Yang Dipesan Pelanggan

Sumber: The Mirror

Aireena Marizan