Siakap Keli
Gambar: via suara.com

Penduduk Gempar, Anak Lembu Lahir Dengan Dua Mulut & Tiga Mata

Penduduk di Jawa Timur, Indonesia dikejutkan dengan kejadian pelik kelahiran seekor anak lembu yang lahir bersama dua mulut dan tiga mata, memetik Suara.com.

Malah lebih mengejutkan, bibir bawahnya juga didakwa bercabang tiga. Kelahiran pelik anak lembu itu disahkan pemiliknya, Saiful Bahri.

Bagaimanapun, anak lembu itu didakwa lahir dalam keadaan songsang dan sangat berbeza berbanding kelahiran biasa.

Jika anak lembu biasa lahir dengan kepala yang keluar dulu, namun berbeza pula bagi anak lembu Saiful kerana ia didakwa lahir bermula dari punggung.

Difahamkan, sejurus berita aneh itu tersebar, penduduk kampung berpusu-pusu ke rumahnya untuk melihat sendiri keadaan anak lembu yang lahir dengan ciri-ciri pelik itu.

Ekoran itu Saiful membuka mulut dan mendedahkan perkara sebenar yang terjadi.

“Bukan kepala, sebaliknya punggungnya yang keluar dulu.

“Alhamdulillah, ia lahir dengan selamat selepas mendapat bantuan,” katanya, memetik Suara.

Namun demikian, menurut Saiful, dia berharap anak lembu itu boleh hidup dengan lebih lama walaupun dilahirkan dengan sifat aneh sedemikian.

Katanya, jika itu semua sudah ditentukan Allah, dia berharap ia boleh hidup dengan sempurna dan sihat sehingga dewasa.

Terdahulu, turut pernah berlaku satu kejadian hampir sama iaitu kelahiran seekor anak lembu yang memiliki ciri-ciri pelik.

Kira-kira lima bulan lalu, seorang petani di Russia digemparkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang berkepala dua serta mempunyai badan seakan babi.

Walau bagaimanapun jangka hayatnya tidak lama. Ia mati sejurus selepas dilahirkan, malah ibunya juga turut mati beberapa hari kemudiannya.

Ekoran kejadian itu, sepasukan ahli veterinar ‘turun padang’ membuat kajian ke atas haiwan berkenaan selepas petani tersebut melaporkan keadaan kelahirannya yang tidak normal itu.

Dalam masa sama, foto yang diambil ketika itu memaparkan anak lembu berkenaan kelihatan tidak memiliki bulu, selain seluruh badannya dipercayai berwarna merah jambu.

Dalam keadaan terbaring di tanah, kedua-dua kepalanya kelihatan melekat antara satu sama lain, selain matanya tertutup rapat seperti dijahit.

Malah lebih menjelikkan, kedua-dua lidahnya kelihatan terjelir keluar.

Gambar via Daily Star

BACA JUGA: Petani Gempar, Dapat Anak Lembu Berkepala Dua & Berbadan Seperti Babi

Sumber: suara.com

Nadhirah