Siakap Keli
Jabatan Perhilitan rampas burung
Kredit: Twitter Jabatan PERHILITAN

Jabatan Perhilitan Rampas Burung Pelbagai Spesies

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah merampas beberapa spesies burung di dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi Jabatan Perhilitan, sebuah premis yang terletak di sekitar daerah Labis, Johor telah diperiksa dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia pada 11 Mac lalu.

”Hasil pemeriksaan di premis terbabit, Jabatan Perhilitan telah merampas beberapa spesies burung disyaki spesies Bayan Serindit, Bayan Puling, Kelicap Kunyit, Daun Kecil dan Merbah Luris Leher.

”Rampasan ini dilakukan susulan kegagalan pemilik premis tersebut mempamerkan dokumen penyimpanan yang sah daripada Jabatan Perhilitan bagi kesemua hidupan liar terbabit,” katanya.

Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Daerah Segamat, Johor untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Jabatan Perhilitan rampas burung
Kredit: Twitter Jabatan PERHILITAN
Jabatan Perhilitan rampas burung
Kredit: Twitter Jabatan PERHILITAN
Kredit: Twitter Jabatan PERHILITAN
Kredit: Twitter Jabatan PERHILITAN

Sumber: Twitter Jabatan PERHILITAN 

Akhmar Ikmal