Siakap Keli
pengembara masa
Gambar Hiasan: Importance of Technology

‘Pengembara Masa’ Dakwa Perang US-Korea Utara Bakal Meletus Esok

Seorang individu yang mendakwa dirinya ‘pengembara masa’ memberi dakwaan amaran bahawa perang antara US-Korea Utara bakal meletus esok.

Menurut Daily Star, mengikut dakwaannya, perang tersebut meletus hanya beberapa minggu selepas bermulanya pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

“Inilah perkara yang perlu anda ketahui untuk 2022…22 Mac – Pencerobohan Korea Utara dan US,” tulis video yang dimuat naik ‘pengembara masa’ tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut meramalkan beberapa perkara lain yang didakwa mungkin akan berlaku sepanjang tahun ini.

Antara perkara yang diramalkannya adalah akan berlakunya perang, penemuan perkara baharu di angkasa lepas serta kematian selebriti.

Dalam pada itu, dia juga turut meramal mengenai kemunculan beberapa varian COVID-19 baharu yang bakal menyerang bumi.

Katanya, varian yang dikenali sebagai Omega itu akan muncul pada 19 April depan dan ia dijangka lima kali lebih teruk berbanding varian sedia ada buat masa ini.

BACA JUGA: ‘Pengembara Masa’ Dakwa 3 Peristiwa Bakal Goncang Dunia Tahun Ini

Beberapa ramalan lain

Menariknya, ramalan si ‘pengembara masa’ itu dicatat sekali dengan tarikh yang begitu spesifik. Antara ramalan-ramalan lain yang dibuatnya adalah seperti di bawah.

Pada 24 Mei nanti, dia mendakwa NASA bakal menemui planet lain yang dipanggil sebagai KLET-33 dan ia dipercayai mempunyai makhluk hidup.

Selain itu, pada 28 Jun pula nanti, satu kejadian ribut taufan daripada lima fenomenanya yang paling berbahaya (pernah berlaku) diramal akan berlaku di antara Georgia dan Carolina Selatan.

Ketika 13 Julai pula, ‘pengembara masa’ itu mendakwa akan berlaku satu kematian palsu melibatkan penyanyi rap terkenal yang dianggap sebagai lagenda.

Malah pada 23 Julai berikutnya pula, satu gempa bumi dipercayai terkuat dalam sejarah yang digelar sebagai The Giant Wave diramal bakal melanda Los Angeles, US kelak.

Selain itu, pada 3 Ogos nanti, dua orang penyelam didakwa akan ditemui di bawah air di Lautan Pasifik.

Bukan itu sahaja, bahkan dia turut meramal ‘ruang liminal’, sejenis ruang yang dikenali sebagai ‘rumah pelang’ diramal akan dibina semula.

Jelas ‘pengembara masa itu’, kejadian tersebut diramal berlaku pada 17 Ogos dan pintu rumah ruang tersebut akan dibuka pada 30 November berikutnya.

Meteor besar hentam China

Tambah Daily Star, dia juga turut meramal bahawa satu meteor besar yang dikenali sebagai ‘Empat Vesta’ bakal melintasi Bumi serta menghentam pantai di China pada 1 September nanti.

Manakala pada 26 September pula, semua sekolah di seluruh dunia diramal akan ditutup semula akibat pandemik lain. Malah dakwanya, wabak itu lebih teruk berbanding COVID-19.

Tambahnya lagi, ketika 14 Oktober nanti, dia meramalkan bahawa makhluk asing akan turun ke Bumi dan sebahagian mereka mungkin boleh berkomunikasi dengan manusia.

Namun apa yang menakutkan, dakwanya, makhluk asing itu juga diramal boleh menyerang manusia.

Biarpun segala ramalannya ini diragui, namun akaun dan video dakwaan ramalan berkenaan dilihat ‘berjaya’ meraih perhatian umum.

Tambahan pula video yang dimuat naiknya itu telah pun ditonton berjuta-juta kali setakat ini.

Imbas kembali, ada seorang lagi pengguna TikTok yang lain pernah mendakwa bahawa dirinya ialah ‘pengembara masa’ yang datang dari tahun 2236.

Sumber: Daily Star

 

Nadhirah